HULU SELANGOR: Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China, 10 tahun lepas.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata berdasarkan perbincangan yang dilakukan pada Khamis, syarikat berkenaan telah menghantar kertas cadangan bersama dengan bukti dan maklumat untuk penelitian pihak berkaitan di bawah kementerian itu.
Beliau berkata perkara berkenaan seterusnya perlu dibentangkan kepada Kabinet sebelum satu perjanjian dimuktamadkan antara kerajaan dan Ocean Infinity, selain menjangkakan proses berkenaan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk diselesaikan.
"Sekiranya semua berjalan dengan lancar, maka mereka menyatakan kesediaan untuk memulakan misi pencarian pada bulan November ... (bagaimanapun), kita perlu dapatkan kelulusan Kabinet kerana saya tak boleh mendahului Kabinet.
" ... kita perlu berbincang secara lanjut maklumat yang diberikan dan perlu ada satu perjanjian sebab ia melibatkan implikasi kewangan sekiranya pesawat itu dapat dicari," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya ECRL di sini hari ini.
Semalam, Association For Families of the Passengers and Crew on board MH370 dalam hantaran melalui laman Facebook mendedahkan Ocean Infinity telah menghantar kertas cadangan bagi menghidupkan semula pencarian itu kepada Loke.
Syarikat berkenaan antara lain mencadangkan supaya proses pencarian berkenaan dilakukan atas dasar No Find No Fee (tak jumpa tiada bayaran).
Pada 8 Mac 2014, pesawat milik Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang membawa sebanyak 239 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Menteri Pengangkutan Anthony Loke bercakap kepada media sempena Program Karnival Kerjaya ECRL di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali hari ini. - Foto Bernama
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahu
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Misteri sedekad: Pencarian berterusan MH370 dan usaha mencari penyelesaian
Sedekad sudah berlalu sejak tragedi MH370 dan misteri kehilangan pesawat membawa 239 penumpang yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 itu terus mencengkam dunia.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
"10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370" - Azharuddin
Azharuddin sifatkan kehilangan 239 penumpang dan anak kapal dalam tragedi MH370, sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya.
Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.
MH370: Malaysia sedia buka semula kes sekiranya ada bukti baharu - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu akan dilaksanakan sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.